ANGKA korban akibat puting beliung dahsyat yang memusnahkan ibu kota Cuba, Havana minggu lepas mencecah enam orang, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan pegawai kesihatan pada Ahad.
Jumlah kematian meningkat selepas dua lagi mangsa yang cedera parah dalam insiden itu meninggal dunia akibat kecederaan yang mereka alami, kata Menteri Kesihatan Jose Angel Portal pada satu mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan oleh Presiden Miguel Diaz-Canel.
Semasa mesyuarat itu, para pegawai menyusuli usaha pemulihan yang sedang dilakukan.
Menurut pihak berkuasa, sejumlah 1,238 kediaman mengalami kerosakan termasuk 347 yang musnah sepenuhnya.
Puting beliung gred 4 pada skala Fujita yang mempunyai intensiti kelajuan angin maksimum 5 itu, adalah yang terburuk di Cuba dalam tempoh 80 tahun dan memusnahkan kediaman, memutuskan bekalan tenaga serta menterbalikkan kereta, selain mengakibatkan hampir 200 orang cedera. – Bernama, 4 Februari, 2019.
Komen