AMERIKA Syarikat (AS) akan menghantar tambahan 3,750 anggota tentera di sempadannya dengan Mexico, kata Pentagon, ketika Presiden Donald Trump menggandakan desakannya untuk membina tembok bagi mengukuhkan lagi keselamatan di sempadan.
Anggota tentera pada mulanya dihantar ke sempadan di bawah arahan Trump sebelum pilihan raya pertengahan penggal pada November ketika berpuluh-puluh karavan membawa pendatang asing menuju ke sempadan untuk mendapatkan suaka politik daripada keganasan dan kemiskinan di negara mereka.
Tetapi misi itu, yang dibantu agen polis peronda sempadan terdiri daripada orang awam dengan menyediakan sokongan logistik dan memasang pagar berdawai, disifatkan oleh lawannya sebagai tindakan politik untuk mencipta krisis.
“Jabatan Pertahanan akan menghantar kira-kira 3,750 pasukan tentera tambahan untuk menyediakan sokongan tambahan kepada Pertahanan Sempadan dan Kastam di sempadan barat daya seperti diluluskan pada 11 Januari,” kata kenyataan itu.
Penghantaran tambahan itu untuk tiga bulan, kata kenyataan itu, dan akan menjadikan jumlah keseluruhan di sempadan seramai 4,350 orang. – AFP, 4 Februari, 2019.
Komen