Israel mula bina penghalang sempadan baharu Gaza


Seorang askar Israel menolak troli di sepanjang sempadan Israel dengan utara Gaza di Nativ Ha Ashara. Minggu ini, Israel memulakan kerja membina penghalang baru di sempadan bagi menghalang pencerobohan. – Gambar EPA, 4 Februari, 2019.

ISRAEL berkata pada Ahad yang kerja mengukuhkan sempadannya dengan Gaza memasuki fasa baru, apabila ia memulakan pembinaan halangan baharu yang besar di sepanjang sempadan.

“Sepanjang hujung minggu kami mula membina penghalang di atas tanah sempadan Gaza,” kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memberitahu wartawan sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.

Penghalang, setinggi enam meter dari tanah, “akan menghalang pengganas dari Gaza menembusi ke wilayah kita”, katanya dalam bahasa Ibrani.

Netanyahu tidak memberikan butiran lanjut tetapi kenyataan Kementerian Pertahanan mengatakan kerja struktur bermula pada Khamis.

Ia akan dibina sepanjang 65 kilometer, mengikut laluan halangan bawah tanah yang sedang dalam pembinaan yang bertujuan mengurangkan ancaman terowong rentas sempadan yang dibina oleh Gaza.

Di hujung baratnya, halangan di atas tanah itu akan bergabung dengan tembok laut di Mediterranean, yang bertujuan menghalang serangan Palestin melalui jalan air.

“Ia sangat besar dan kuat,” kata kementerian itu dalam klip video yang disertakan.

Dalam peperangan Gaza yang terakhir pada 2014, tentera Israel membunuh empat pejuang Hamas yang berjaya melintasi Israel melalui jalan air.

Palestin selama hampir setahun berkumpul sekurang-kurangnya seminggu sepanjang sempadan Gaza bagi membuat bantahan.

Mereka ingin dibenarkan pulang selepas melarikan diri daripada peperangan semasa kewujudan Israel pada 1948, dan menyeru menamatkan sekatan negara Yahudi di Gaza.

Sekurang-kurangnya 246 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan Israel di Gaza sejak 30 Mac, majoritinya semasa protes sempadan tetapi juga oleh serangan kereta kebal dan udara.

Dua tentera Israel terbunuh dalam tempoh yang sama.

Israel mengatakan tindakan itu perlu untuk mempertahankan sempadan dan menghentikan serangan besar-besaran terhadap wilayahnya.

Ia menuduh Hamas, yang bertempur dalam tiga perang sejak 2008, cuba menggunakan protes sebagai melindungi untuk melakukan keganasan. – AFP, 4 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen