PEMBIKIN filem Mexico Alfonso Cuaron semalam menyapu bersih anugerah Directors Guild of America untuk filem terbarunya, Roma, penunjuk kuat yang beliau akan merangkul anugerah Pengarah Terbaik pada Oscar yang berlangsung tiga minggu lagi.
Roma, filem yang penuh nostalgia peribadi ketika Cuaron membesar di Bandar Mexico sekitar era 1970-an, dianugerahkan untuk 10 anugerah Oscar termasuklah pengarah terbaik.
Cuaron menerima anugerah tertinggi Directors Guild yang disampaikan pengarah senegara Guillermo del Toro yang tahun lepas menang melalui filem The Shape of Water.
Cuaron yang turut menjulang anugerah sama untuk Gravity pada 2014, merakamkan penghargaan kepada Yalitza Aparicio dan Marina de Tariva serta pelakon lain yang menghidupkan Roma.
“Terima kasih kepada Libo (amah yang menjadi inspirasi filem), ibu dan negara saya, arkitek sebenar Roma,” katanya.
Pengarah ternama itu menewaskan cabaran Spike Lee (BlacKkKlansman), Adam Mckay (Vice), Peter Farrelly (Green Book) dan Bradley Cooper (A Star is Born).
Cuaron adalah pengarah kedua mendapat anugerah tersebut menerusi filem asing; Ang Lee menang pada 2000 untuk filem Crouching Tiger, Hidden Dragon.
Pemenang DGA dianggap calon mendahului persaingan Oscar. Pemenang DGA tahun lepas, del Toro turut menang Oscar untuk pengarah dan filem terbaik. – AFP, 3 Februari, 2019.
Komen