SEKURANG-kurangnya enam penumpang terbunuh manakala lebih 20 orang lagi cedera selepas sebuah kereta api ekspres tergelincir dari landasan di Bihar, India.
Kereta api Seemanchal Express yang mempunyai sembilan gerabak itu dalam perjalanan ke New Delhi tergelincir berhampiran stesen Sahadai Buzurg, kira-kira 30 kilometer dari timur bandar Patna.
“Enam orang mati dan hampir 24 orang cedera,” kata jurucakap syarikat kereta api terbabit Rajesh Kumar kepada AFP.
Rakaman stesen televisyen tempatan menunjukkan orang ramai berkumpula berhampiran lokasi kejadian ketika petugas kecemasan cuba mengalihkan gerabak.
Pasukan penyelamat dengan anjing pengesan turut ke lokasi bagi mencari mangsa yang terperangkap.
Kebanyakan penumpang tidur ketika gerabak kereja api berkenaan tergelincir kira-kira pukul 4 pagi waktu tempatan.
“Saya sedang tidur sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan mendapati diri saya berada di bawah timbunan beg,” kata salah seorang penumpang Mahesh Kumar kepada pemberita.
Keadaan landasan yang retak dikatakan enjadi punca kejadian berkenaan, kata Indian Railways dalam satu kenyataan selepas siasatan awal.
Syarikat berkenaan berjanji untuk menjalankan siasatan rapi berhubung insiden berkenaan. – AFP, 3 Februari, 2019
Komen