Banjir besar landa timur laut Australia 


Kawasan timur laut Australia berdepan dengan musim hujan setiap tahun namun kali ini penurunan hujan dicatatkan melebihi paras normal. – Gambar EPA, 3 Februari, 2019

BANJIR besar yang berlaku sekali dalam tempoh satu abad melanda kawasan timur laut Australia menyebabkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dan pihak berkuasa mengeluarkan amaran hujan lebat berlarutan beberapa hari lagi. 

Kawasan utara tropika Australia mengalami hujan lebat pada musim monsun setiap tahun, namun kali ini ia mencatatkan paras lebih tinggi berbanding normal. 

Ribuan penduduk di bandar Townsville di timur laut Queensland terputus bekalan elektrik dan lebih 200,000 buah rumah berdepan risiko tenggelam sekiranya hujan berterusan. 

Anggota tentera menghantar puluhan ribu tan beg pasir ke kawasan terjejas, dan pemimpin Queensland Annastacia Palaszczuk turut memberi peringatan kepada penduduk agar lebih berhati-hati. 

“Secara asasnya, ia bukan kejaidan yang berlaku sekali dalam tempoh 20 tahun, tetapi ia berlaku sekali dalam tempoh 100 tahun,” katanya kepada pemberita pada Sabtu. 

Biro Meteorologi berkata, pergerakan awan monsun yang perlahan dan berada di negeri utara Queensland, dengan beberapa kawasan lain dijangka akan menerima lebih banyak hujan berbanding tahun sebelumnya. – AFP, 3 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen