Jumlah korban empangan runtuh di Brazil cecah 121 orang


Keadaan kawasan yang terjejas akibat empangan runtuh di Minas Gerais, Brazil yang kini sudah mengorbankan 121 nyawa. – Gambar EPA, 3 Februari, 2019.

JUMLAH korban runtuhan empangan lombong di tenggara Brazil minggu lepas meningkat kepada 121 orang dan 226 masih hilang, menurut pegawai pada Sabtu.

Pihak perkhidmatan kecemasan untuk negeri Minas Gerais susulan bencana yang berlaku pada 25 Januari berhampiran bandar Brumadinho, berkata pencarian diteruskan untuk mencari mayat mangsa.

Semua yang disenaraikan sebagai hilang dianggap mati, tanpa sebarang mangsa terselamat ditemui sepanjang minggu lalu.

Hampir semua yang maut dan hilang adalah pekerja di lombong bijih besi, tertimbus di bawah runtuhan sisa lombong apabila empangan runtuh di atas kafetaria dan kawasan pentadbiran utama.

Ia adalah bencana empangan kedua dalam tempoh tiga tahun di lombong milik syarikat gergasi Brazil, Vale.

Pihak berkuasa membekukan lebih AS$3 bilion aset syarikat untuk membayar ganti rugi, pamasan dan denda. – AFP, 3 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen