SEORANG ahli parti Islam terkemuka Sudan meninggal dunia dalam tahanan hanya beberapa hari selepas beliau ditahan berhubung perhimpunan anti-kerajaan yang telah menggegarkan negara itu sejak beberapa minggu lalu, kata seorang saudaranya pada hari Sabtu.
Ahmed al-Kheir, seorang guru yang berusia 36 tahun, adalah ahli Parti Kongres yang merupakan sebuah parti islamis yang merupakan sebahagian daripada anggota pentabiran kerajaan Presiden Omar al-Bashir namun kini disiasat selepas mendesak sebuah siasatan oleh kerajaan berhubung kematian para penunjuk perasaan.
Ejen keselamatan menahan Kheir di rumahnya di kota Khashm El-Girba di bahagian timur negara itu di Kassala tiga hari lalu, kata bapa saudaranya, Ahmed Abdelwahab kepada AFP.
“Kami tidak tahu di mana mereka bawa dia, tetapi ejen keselamatan berkata pada masa itu bahawa dia adalah salah seorang penganjur protes,” kata Abdelwahab.
Katanya, keluarga itu diberitahu bahawa Kheir dibawa ke hospital Kassala pada pagi Sabtu, bagaimanapun kemudiannya, diarahkan untuk mengambil mayat Kheir di Gadaref.
“Saya melihat tubuhnya di sana, saya melihat ada tanda-tanda pukulan di belakangnya.”
Abdelwahab berkata keluarga itu mengambil tubuh Kheir dan menguburkannya di kampung halaman mereka. – AFP, 2 Februari, 2019.
Komen