KOMUNITI perisikan Amerika Syarikat (AS) menyifatkan hubungan Amerika dengan China yang semakin dingin adalah akibat pertembungan ideologi global yang tidak boleh dikendurkan hanya dengan transaksi perdagangan atau tindakan pencurian komersial.
Ketua-ketua perisikan AS beralih pandangan mengenai persaingan kuasa-kuasa besar minggu ini kepada sesuatu yang jauh lebih mendalam daripada hanya persaingan dalam pasaran, teknologi dan geopolitik.
Laporan Penilaian Ancaman Seluruh Dunia yang dilancarkan oleh Pengarah Perisikan Nasional AS, Dan Coats mengatakan China sedang berusaha untuk menyebarkan “kapitalisme autoritarian” bagi menentang demokrasi liberal Barat, susulan dari tempoh Perang Dingin yang telah lama berjalan.
“Pemimpin China akan terus berusaha untuk menegaskan model kapitalisme autoritarian China sebagai jalan alternatif bagi kemajuan pembangunan di luar negara, memburukkan persaingan kuasa besar yang boleh mengancam sokongan antarabangsa bagi demokrasi, hak asasi manusia, dan kedaulatan undang-undang,” katanya.
Laporan penilaian itu juga turut menambahkan bahawa “pertempuran ideologi yang akan datang” akan ditanda dengan “tempoh peningkatan aktivisme dasar luar China dan pandangan dunia China yang menghubungkan wawasan domestik China sebagai wawasan antarabangsa,” termasuk idea bahawa rejim autoritarian yang berorientasi pasaran sebagai satu idea yang lebih unggul.
Penganalisis dasar China sebaliknya berkata penilaian itu menandakan pengubahsuaian penting dalamn pemikiran AS - dan mencerminkan transformasi ideologi Presiden China Xi Jinping mengenai dasar luar China.
Mereka juga mengatakan ia menjangkaui pandangan Trump, yang hanya melayani hubungan dengan China dengan pendekatan yang bersifat lebih banyak transaksi. – AFP, 2 Februari, 2019.
Komen