Seorang mati dalam serangan di tenggara Iran


Wilayah Sistan-Baluchistan mempunyai komuniti Sunni, Baluchi, yang merupakan etnik Muslim yang besar di wilayah itu. – Gambar EPA, 2 Februari, 2019.

SEORANG ahli elit pengawal Revolusi Iran terbunuh dan lima yang lain cedera dalam serangan bersenjata di tenggara Iran pada Sabtu, lapor agensi berita IRNA.

Serangan itu berlaku di wilayah Sistan-Baluchistan, yang merupakan titik awal, di mana pihak pemisah Baluchi dan jihadis yang berpangkalan di Pakistan melakukan serbuan-serbuan di kawasan sempadan.

Wilayah ini mempunyai komuniti Sunni, Baluchi, yang merupakan etnik Muslim yang besar di wilayah itu. Mereka menduduki sekitar kawasan sempadan itu.

Penyerang menyerang pangkalan ketenteraan Basij di bandar Nikshahr, yang terletak tidak jauh dari sempadan, kata IRNA.

“Morteza Ali-Mohammadi mati syahid dalam kejadian dan lima yang lain cedera parah dan telah dipindahkan ke hospital,” kata pendakwaraya Nikshahr, Mohsen Golmohammadi kepada agensi berita YJC.

Kumpulan jihadis, Jaish al-Adl (Tentera Keadilan), yang disenaraihitam sebagai kumpulan pengganas oleh Iran, dan ia didakwa bertanggungjawab terhadap serbuan di media sosial.

Media negara hanya mengatakan bahawa ia adalah serangan “pengganas”, dan tidak menyatakan kumpulan tertentu bertanggungjawab mengenainya.

Jaish al-Adl dibentuk pada tahun 2012 sebagai pengganti kumpulan pelampau Sunni, Jundallah, yang melancarkan pemberontakan terhadap sasaran Iran ke atas mereka sejak sedekad lalu.

Ia juga bertanggungjawab terhadap dua pengeboman pada hari Rabu yang mencederakan beberapa pegawai polis di ibu kota Zahedan. – AFP, 2 Februari, 2019.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen