Turki kecam keputusan Israel berhubung kumpulan pemantau di Hebron


Kehadiran Antarabangsa Sementara di Hebron (TIPH) ditubuhkan selepas pembunuhan terhadap orang Palestin pada tahun 1994. – Gambar EPA, 2 Februari, 2019.

TURKI secara “keras” mengutuk keputusan Israel yang enggan memperbaharui mandat kumpulan pemantauan antarabangsa di bandar Tebing Barat, Hebron.

“Kami dengan tegas mengecam penamatan mandat Israel untuk menerima kumpulan pemantau ‘Temporary Internatinal Presence in Hebron’ (TIPH) ... dan kami harap keputusan politik ini akan dibatalkan,” kata Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan pada hari Jumaat.

Kehadiran Antarabangsa Sementara di Hebron (TIPH) ditubuhkan selepas pembunuhan terhadap orang Palestin pada tahun 1994.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Isnin lalu beliau tidak akan melanjutkan mandat kumpulan tersebut dengan mendakwa ia adalah satu keputusan berat sebelah.

Walau bagaimanapun, Ankara menolak dakwaan Israel tersebut.

“Kami tegas menolak tuduhan bahawa TIPH bekerja untuk melawan Israel, yang dikemukakan Israel sebagai alasan bagi keputusannya.”

Turki mempunyai keanggotaan dalam pasukan pemantau yang diketuai Norway. kumpulan itu ditugaskan untuk mempromosi keamanan buat warga Palestin di Hebron, yang merupakan tanah suci bagi kedua-dua agama Islam dan Yahudi di samping menjadi titik permulaan dalam konflik antara Israel dan Palestin.

Pegawai Palestin dan Eropah juga telah menyatakan kekesalan mereka terhadap keputusan Israel tersebut. – AFP, 2 Februari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen