SEORANG ulama Indonesia mendoakan Prabowo Subianto menang pemilihan presiden April ini dalam satu majlis yang dihadiri penyandang Presiden Joko Widodo.
Joko Widodo hadir pada satu majlis zikir di Pondok Pesantren Al-Anwar, Rembang, Jawa Tengah pada Jumaat, lapor Tempo.Co.
Kejadian itu dirakam pada satu klip video yang tersebar di media sosial.
Dalam video tersebut, seorang ulama Maimun Zubair membacakan doa penutup pada majlis berkenaan dalam bahasa Arab sebelum menyebut nama calon presiden kedua, Prabowo Subianto yang menjadi pesaing kepada Joko Widodo.
Joko Widodo ketika itu duduk di sebelah ulama berkenaan.
Maimun kemudian dihampiri Ketua Umum Parti Persatuan Pembangunan Muhammad Romahurmuziy selepas bacaan doa berkenaan.
Ulama berkenaan kemudian kembali berdoa seperti memperbetulkan bacaan doa sebelumnya.
“Jadi saya dengan ini, untuk menjadi, siapa yang ada di samping saya ya Pak Jokowi,” katanya. – 2 Februari, 2019
Komen