Gempa 6.5 magnitud landa Mexico, Guatemala


Gempa berukuran 6.5 magnitud di Guatemala dan Mexico hanya menyebabkan kerosakan kecil struktur di Guatemala.– Gambar EPA, 2 Februari, 2019

GEMPA bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan Mexico dan Guatemala pada Jumaat menyebabkan tiga orang cedera dan kerosakan struktur bangunan, menurut pihak berkuasa.

Gempa berlaku berhampiran sempadan Mexico-Guatemala, 37 kilometer dari barat daya Ciudad Hidalgo, di negeri Chiapas, Mexico, menurut pusat Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan. Ia berlaku pada kedalaman 62 kilometer.

Ia turut menyebabkan tanah runtuh yang menghalang tiga lebuh raya di Guatemala, dan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera, kata pihak berkuasa.

Gegaran turut dirasai di El Salvador dan Mexico City. Di ibu negara Mexico, lebih 1,200 daripada pusat gempa, bangunan tinggi bergoyang dan ribuan orang dipindahkan.

Gegaran paling kuat dirasai di Chiapas, namun tiada kerosakan besar atau kecederaan dilaporkan di Mexico. – AFP, 2 Februari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen