PEMIMPIN pembangkang Venezuela yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS), Juan Guaido semalam bersiap sedia mengenakan tekanan ke atas Presiden Nicolas Maduro dengan bantahan besar-besaran.
Bantahan untuk meningkat lagi gesaan supaya pilihan raya diadakan di saat Washington memberi amaran bahawa Maduro sudah kehabisan masa untuk sebarang rundingan.
Banyak negara Eropah memberi tempoh akhir kepada presiden itu untuk mengadakan pilihan raya atau mereka akan menyertai AS mengiktiraf Guado sebagai presiden sementara Venezuela.
Bantahan hari ini jatuh pada ulang tahun ke-20 parti Sosialis meraikan kebangkitan kuasa Hugo Chavez, presiden sebelum Maduro yang sudah meninggal dunia.
Dalam sepucuk surat kepada presiden Mexico dan Uruguay semalam, Guaido menolak sebarang rundingan dengan Maduro, melainkan pilihan raya bebas diadakan.
Naib Presiden AS, Mike Pence turut senada dengan Guaido.
“Saya ingin jelaskan: ini bukanlah masa untuk rundingan. Ini masa untuk bertindak,” katanya.
“Susah sampai masanya pemerintahan diktator Maduro berakhir buat selama-lamanya.” – AFP, 2 Februari, 2019.
Komen