PENGARAH filem terkenal Taiwan, Doze Niu yang dijatuhkan pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang anggota kru wanita yang bekerja di set filem terbarunya “Pao Ma”, kata pendakwa raya pada hari Jumaat.
Dalam satu kenyataan yang mengumumkan pertuduhan itu, Jabatan Pendakwa raya Daerah Taipei menuduh Niu cuba mengelak daripada bertanggungjawab dengan melakukan “tindakan yang cuba menegaskan bahawa wanita tersebut juga turut boleh dipersalahkan”.
Niu boleh menghadapi hukuman 10 tahun penjara jika didapati bersalah.
Serangan tersebut didakwa berlaku pada 24 November ketika pertemuan di rumah Niu di Taipei sewaktu tetamu-tetamu lain telah meninggalkan rumah pengarah filem itu.
Seorang rakan kemudian membawa wanita itu ke hospital dan memfailkan laporan polis.
Niu menafikan dakwaan tersebut dan masih enggan memberi komen sejak pertuduhan itu difailkan.
Pada bulan Disember beliau memberitahu pemberita selepas dia soal siasat yang dilakukan oleh polis.
“Saya mempunyai kepercayaan dan berharap akan ada perbicaraan yang adil,” katanya.
“Namun perbicaraan awam sedang berlaku dan saya dihukum hukuman mati.”
Sebelum memberi tunduk yang panjang di hadapan kamera, beliau berkata: “Doze Niu sudah mati.” – AFP, 1 Februari, 2019.
Komen