PRESIDEN Mexico Andres Manuel Lopez Obrador menerima ancaman bom palsu yang ditinggalkan oleh kumpulan samseng di luar sebuah kilang minyak pada Khamis.
Bom palsu itu diletakkan di dalam sebuah pikap di luar kilang penapisan minyak berserta mesej yang memberi amaran kepada Lopez Obrador supaya menghentikan tindakan kerasnya terhadap kecurian bahan api.
Mesej yang ditandatangani oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka Puro Cartel Santa Rosa de Lima itu ditulis di atas sehelai cadar dekat kilang Salamanca di negeri Guanajuato, meminta pemimpin berhaluan kiri itu menarik balik pasukan tentera dan pihak berkuasa lain yag ditempatkan di negeri itu.
Lopez Obrador terkenal kerana membubarkan pengawal presiden ketika mengambil alih jawatan presiden. Penganalisis keselmatan memberi amaran bahawa ini akan meletakkan dirinya dalam risiko.
Bagaimanapun, beliau sering memberi jawapan, “Rakyat akan lindungi saya.” – AFP, 1 Februari, 2019.
Komen