BAGI 161 kerja yang ditawarkan di Jepun, hanya 100 pencari kerja secara purata direkodkan pada tahun lepas, yang tertinggi sejak 1973.
Ini menunjukkan ekonomi ketiga terbesar dunia itu kekurangan tenaga buruh dan berdepan masalah masyarakat tua.
Pasaran buruh agak meruncing sejak beberapa tahun berikutan populasi warga tua yang kian bertambah dan kadar kelahiran yang rendah.
Menurut data yang dikkeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri, kadar pengangguran di negara itu kekal pada paras rendah pada Disember lalu, iaitu pada 2.2%, kurang 0.1% berbanding bulan sebelumnya.
Selain itu, Jepun juga menghadapi masalah deflasi.
Pada bulan lepas, Bank of Japan menurunkan unjuran inflasi bagi tahun fiskal berakhir Mac tahun depan daripada 1.4% kepada 0.9%.
Ekonomi Jepun menguncup dalam tempoh tiga bulan hingga September selepas rentetan bencana alam yang menjejaskan perbelanjaan pengguna dan pasaran eksport.
Bagaimanapun, penganalisis menjangkakan ekonomi pulih pada suku terakhir tahun ini susulan ekonomi global yang kukuh. – AFP, 1 Februari, 2019.
Komen