PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump pada Khamis berkata, rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat-China mempunyai peluang cerah ketika ia memasuki hari kedua dan menyatakan Beijing bersemangat untuk membuat perjanjian.
Menerusi beberapa siri kenyataan di Twitter, beliau juga berkata semua perkara akan selesai pada perjanjian akhir itu namun tawar-menawar hanya akan dilakukan selepas beliau bertemu rakan sejawatnya dari negara itu Xi Jinping “dalam masa terdekat”.
Mesyuarat itu “berjalan lancar,” kata Trump di Twitter.
“China tidak mahu peningkatan tariff dan merasakan mereka akan lebih baik sekiranya mengadakan perjanjian. Mereka betul.”
Laporan media menyebut kedua-dua pihak itu akan mengadakan pertemuan di Asia pada akhir Februari untuk menetapkan perjanjian, beberapa hari sebelum perjanjian damai tiga bulan mereka akan berakhir dan kadar duti AS sebanyak AS$200 bilion dalam import China akan meningkat dua kali ganda, mencetuskan kejutan dalam ekonomi global.
The Wall Street Jounal pada Khamis berkata, pegawai China mencadangkan pertemuan itu diadakan di pulau Hainan di Laut China Selatan.
Utusan perdagangan Liu He akan mengetuai 30 delegasi daam rundingan itu, yang akan bermula pada Rabu.
Tanda kemajuan dalam rundingan itu menaikkan pasaran saham dunia dalam seminggu selepas pelabur yakin kedua-dua kuasa esar ekonomi itu akan mengelakkan sebarang pertelingkahan.
Tetapi tindakan agresif Washington terhadap firma telekom Cina Huawei - yang mana pendakwa raya persekutuan minggu ini menuduh ia melakukan pengintipan perindustrian, pelanggaran sekatan dan penipuan - memberi ancaman kepada perbincangan itu dan dijangka mengundang bantahan dari Beijing.
Pertelingkahan perdagangan kedua-dua pihak itu tercetus tahun lalu apabila, peningkatan tariff sebanyak AS$360 bilion dalam perdagangan dua hala, namun AS memiliki kelebihan dalam pertikaian itu kerana ia lebih banyak membeli dari China berbanding sebaliknya. – AFP, 1 Februari, 2019
Komen