BERGANTUNG kepada liputan media sosial hampir keseluruhannya, pemimpin Venezuela Juan Guaido cekap menggunakan rangkaian sosial untuk mendapatkan sokongan, namun saluran itu juga berdepan sekatan.
Media arus perdana mengehadkan liputan kepada pemimpin pembangkang, kata penganalisis politik Universiti Katolik Andres Bello, Andres Canizalez.
“Kini di Venezuela, sekiranya radio atau stesen televisyen mahu ke udara, mereka tidak boleh bercakap mengenai Guaido,” katanya.
Apabila Guaido meletakkan dirinya sebagai pemangku presiden Venezueladan menggesa pilihan raya baharu pada 23 Januari, kebanyakan media di negara ini mengabaikannya.
Pembangkang hanya mengeluarkan kenyataan menerusi YouTube, Facebook dan Twitter.
Rakyat yang menyokong pemimpin Perhimpunan Kebangsaan berusia 35 tahun itu terpaksa menggunakan kepakaran mereka dalam media sosial, kata Canilez.
“Sekarang, beliau adalah pemimpin yang hanya memiliki satu saluran komunikasi dengan masyarakat melalui rangkaian sosial.”
Tidak diketahui umum sebelum pengumumannya yang luar biasa, Guaido telah menjadi pembawa standard pembangkang kepada Presiden Nicolas Maduro, sama ada di jalanan atau di Twitter.
Minggu ini, jumlah pengikut di akaun Twitternya meningkat kepada lebih satu juta. Beliau mempunyai 2.2 juta pengikut di Instagram.
Sementara Guaido mengumumkan dirinya sebagai presiden di jalanan, stesen televisyen negara itu VTV menyiarkan rakaman perarakan pro-Maduro yang berlaku pada masa yang sama. – AFP, 1 Februari, 2019
Komen