JUMLAH aduan kes rogol dan erangan seksual yang dibuat kepada polis Perancis menunjukkan peningkatan mendadak pada 2918, menurut laporan yang dikeluarkan kementerian dalam negeri negara itu pada Khamis.
Aduan kes rogol meningkat hampir 17% manakala aduan serangan seksual melonjak kepada sekitar 20%, menurut statistik yang dikeluarkan kementerian itu.
Angka itu dibuat berdasarkan “kesedaran kolektif keganasan terhadap wanita yang lahir dari skandal Harvey Weinstein ... dan pergerakan MeToo yang mengikutinya,” kata laporan oleh perkhidmatan statistik kementerian.
“Jumlah mangsa paling tinggi…kemungkinan datang daripada peningkatan laporan seperti jenayah dan pengurangan toleransi dalam keganasan ini,” tambahnya.
Pergerakan global “MeToo” yang mengikuti perkembangan kes Weinstein menggalakkan mangsa untuk tampil dengan dakwaan serangan seksual terhadap tokoh yang terkenal dalam industti hibudan dan media itu.
Terdapat juga tokoh politik dan ketua kumpulan pembantu terpalit dengan dakwaan yang sama.– AFP, 1 Februari, 2019
Komen