LIMA wartawan asing ditahan pihak berkuasa Venezuela ketika sendang membuat laporan mengenai cubaan pembangkang untuk memecat Presiden Nicolas Maduro.
Dua lagi wartawan dari Chile yang melaporkan krisis memuncak di negara itu dihantar pulang.
Mereka ditahan pada malam Selasa dekat istana presiden, dan dilepaskan 14 jam kemudian serta terus dihantar pulang ke negara asal mereka, kata Menteri Luar Chile Roberto Ampuero.
Lima wartawan yang masih ditahan terdiri daripada dua wartawan Perancis, dua dari Colombia dan seorang dari Sepanyol.
Tiga daripada mereka bekerja untuk agensi berita Sepanyol, Efe dan bertolak dari Colombia untuk melaporkan krisis di Venezuela.
Penahanan mereka dilaporkan oleh Ketua Biro Efe di Venezuela, Nelida Fernandez.
Dua wartawan Perancis itu pula bekerja untuk sebuah program tv, Quotidien. Menurut sumber diplomatik, mereka ditahan pada Selasa ketika membuat pengambaran di luar istana presiden. Seorang penerbit tempatan yang bekerja bersama wartawan Perancis itu juga ditahan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa wartawan asing ditahan atau diusir dari Venezuela atas alasan tidak mempunyai pas media.
Menteri Luar Venezuela Jorge Arreaza semalam berkata wartawan asing yang ditahan itu masuk ke adalam negara tanpa permit kerja.
Krisis politik di Venezuela semakin buruk pada bulan ini selepas pemimpin Perhimpunan Kebangsaan Venezuela Juan Gaido mengisytiharkan dirinya adalah presiden sementara.
Menurut angka yang dikeluarkan PBB, 40 orang terbunuh dan 850 lagi ditangkap sepanjang bantahan terhadap kerajaan MAduro ang bermula pada 21 Januari. – AFP, 31 Januari, 2019.
Komen