Kapal kargo terbakar di China, 11 anak kapal selamat


Semua 11 anak kapal kargo yang terbakar pada Khamis pagi di perairan laut pantai timur wilayah Jiangsu, China berjaya diselamatkan. – Gambar fail AFP, 31 Januari, 2019.

SEMUA 11 anak kapal kargo yang terbakar pada Khamis pagi di perairan laut pantai timur wilayah Jiangsu, China berjaya diselamatkan.

Kebakaran 6.45 pagi itu berlaku ketika kapal berada kira-kira 100 batu nautika dari pantai timur Daerah Dafeng di bandar Yancheng, menurut Pusat Mencari dan Menyelamat Maritim Lianyungang.

Pusat itu menghantar helikopter ke lokasi kejadian selain menghubungi kapal lain yang berdekatan lokasi kejadian bagi membantu kerja menyelamat.

Agensi berita Xinhua melaporkan kerja-kerja menyelamat selesai kira-kira 9.57 pagi. – Bernama, 31 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen