AS calonkan tahanan politik ilmuwan Uighur untuk Nobel


Pensyarah, penulis blog dan ilmuwan Ilham Tohti dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada September 2014 kerana ulasannya tentang perlunya keharmonian hubungan etnik Islam di China. – Gambar AFP, 31 Januari, 2019.

WAKIL rakyat kedua-dua pihak AS semalam mencalonkan ilmuwan Uighur Ilham Tohti- yang kini dipenjarakan kerana “pemisahan”- untuk Hadiah Nobel Keamanan.

Senator Marco Rubio daripada Republikan dan Bernie Sanders, calon bebas tetapi rapat dengan Demokrat, menandatangani surat pencalonan itu, yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Kongres tentang China.

“Kami percaya tiada siapa lebih layak seperti diiktiraf Jawatankuasa pada 2019 daripada Profesor Tohti, kerana perjuangan amannya untuk keamanan dan hak asasi manusia di China,” tulis wakil itu dalam surat kepada Presiden Jawatankuasa Nobel Keamanan Berit Reiss-Andersen dan ahli jawatankuasa pada Selasa.

Tohti,49, dipenjara seumur hidup pada September 2014 kerana ulasan dibuatnya dalam kelas, wawancara dan laman sesawang diuruskannya tentang dasar China kepada minoriti Islam di Uighur di wilayah Xinjiang.

Wilayah itu jadi sasaran operasi keselamatan sejak beberapa tahun lepas. Beijing menegaskan ia adalah untuk mengekang keganansan, tetapi kumpulan hak asasi berkata tindakan itu bermatlamat menyekat Islam dan Bahasa Uighur dan ia mencetuskan keganasan.

Buat masa sekarang, sehingga sejuta etnik Uighur dan minoriti Islam lain ditahan dalam kem tahanan tanpa bicara di Xinjiang, menurut laporan pakar PBB.

Beijing berkata pusat itu membantu mengekang unsur ekstremis dalam kalangan minoriti Islam dan membantu mereka berintegrasi dalam masyarakat.

“Pencalonan ini tepat pada masanya ketika kerajaan China dan Parti Komunis terus secara terang-terangan mencabul hak asasi lebih sejuta minoriti Uighur dan ethnik Islam lain yang ditahan dalam kem ‘pendidikan semula politik’,” kata Rubio dalam satu kenyataan semalam.

“Usaha keamanan Ilham Tohti untuk mempromosi pemahaman dan keharmonian etnik antara Uighur dan Han di China perlu diiktiraf jawatankuasa (Nobel).” – AFP, 31 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen