Durian Indonesia terjual sebiji lebih RM4,000


Dua biji durian terjual dengan harga RM4066.42 setiap satu di Jawa Barat. – Gambar AFP, 31 Januari, 2019.

DUA biji durian terjual dengan harga lebih RM4,000 setiap satu di Indonesia, harga tak masuk akal yang menjadi bualan di media sosial dan menyebabkan peminat berebut-rebut hendak bergambar dengan buah tengik itu.

Terjual dengan harga 14 juta rupiah (RM4066.42), buah berduri itu ditayangkan dalam bekas jernih berkain satin dengan bunga tiruan di sebuah pasar raya di Tasikmalaya, Jawa Barat.

Harga tersebut adalah hampir lapan kali ganda gaji minimum negara itu.

Dikenali dengan gelaran “Raja Buah”, durian popular di seluruh Asia Tenggara yang membahagikan penduduknya kepada dua jenis kumpulan; pencintanya dan pembencinya kerana bau tengiknya.

Tidak seperti buah durian biasa yang bentuknya lonjong dan tidak bulat sempurna yang dijual lebih murah, durian jenis “J Queen” bentuknya bulat dan dilaporkan sangat jarang tumbuh dan mempunyai bau semerbak.

“Pembeli tidak mahu dinamakan, tetapi beliau pencinta durian,” kata Pengurus Heriawan Teten kepada AFP semalam.

Tetapi, bukan semua pengguna internet kagum dengan harga yang mahal itu.

“Harga tidak masuk akal- saya lebih rela guna duit itu untuk beli motosikal,” kata seorang pengguna Instagram. – AFP, 31 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen