SEORANG wanita Palestin ditembak mati oleh polis Israel di sebuah pusat pemeriksaan di pinggir Baitulmaqdis pada Rabu kerana cuba menyerang anggota keselamatan.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata identiti wanita yang ditembak di timur Baitulmaqdis itu masih belum diketahui.
Mayat suspek kemudian diambil oleh pihak berkuasa Israel.
Serangan tikaman terhadap pihak berkuasa Israel oleh penyerang Palestin bermula pada 2015 dan semakin berleluasa sejak itu.
Israel menduduki Baitulmaqdis dan Tebing Barat dalam Perang enam Hari 1967. – AFP, 30 Januari, 2019.
Komen