DUA belas orang terbunuh akibat banjir selepas hujan lebat melanda utara ArabSaudi minggu ini, kata agensi pertahanan awam pada Rabu.
Sepuluh orang terbunuh di barat laut bandar Tabuk dan seorang di Madinah manakala seorang lagi di kawasan sempadan utara, menurut agensi berkenaan dalam satu kenyataan.
Sejak Ahad lalu, agensi terbabit telah menyelamatkan 271 orang daripada kawasan yang terjejas akibat banjir, separuh daripada mereka di Tabuk, menurut kenyataan itu.
Hujan lebat melanda beberapa kawasan di Arab Saudi minggu ini, terutamanya di kawasan barat dan barat laut negara itu yang berdekatan dengan sempadan Jordan.
Beberapa jawatankuasa ditubuhkan bagi menilai kerosakan yang disebabkan oleh cuaca buruk, kata agensi berkenaan. – AFP, 30 Januari, 2019
Komen