6 pemberontak maut dalam pertempuran di Filipina 


Tentera Filipina meningkatan kawalan keselamatan di wilayah Camarines Sur selepas pertempuran yang menyebabkan enam pemberontak terbunuh. – Gambar EPA, 30 Januari, 2019

TENTERA Filipina membunuh enam pemberontak dalam pertempuran di Filipina utara, kata agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai tentera.

Jurucakap tentera Filipina yang berpangkalan di wilayah Camarines Sur selatan Manila, Kapten Joash Pramis berkata pertempuran meletus kira-kira pukul 6 pagi waktu tempatan pada Rabu ketika operasi memerangi pemberontak dijalankan.

Katanya, pertempuran sengit berlangsung selama 20 minit di antara tentera dan 15 anggota Tentera Baharu Rakyat, yang didakwa sedang merekrut anggota baharu di kawasan terbabit.

Turut dirampas senjata api termasuk enam laras senapang M-14 dan bom tangan.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap pemberontak berhaluan kiri selepas usaha rundingan damai menemui jalan buntu. – Bernama, 30 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen