Pembangkang Bangladesh tuntut pilihan raya baharu


Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan sekutunya berkata mereka akan memboikot Parlimen dan berikirar akan mengadakan bantahan besar-besaran melainkan pilihan raya baharu diadakan dalam tempoh enam bulan. – Gambar EPA, 30 Januari, 2019.

KETIKA Parlimen bersidang buat pertama kali sejak Perdana Menteri Sheikh Hasina menjawat jawatan, pembangkang hari ini menuntut supaya pilihan raya baharu diadakan.

Menurut polis, beberapa ratus penunjuk perasaan berkumpul di Dhaka, mengadakan bantahan terhadap Hasina yang meang dalam pilihan raya pada 30 Disember lepas.

Hasina menang bagi penggal ketiga berturut-turut dan partinya, Awami League memproleh 96 peratus undi yang disifatkan pengkritik dan pemerhati penuh dengan penyelewengan.

Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) dan sekutunya berkata mereka akan memboikot Parlimen dan berikirar akan mengadakan bantahan besar-besaran melainkan pilihan raya baharu diadakan dalam tempoh enam bulan. – AFP, 30 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen