KUMPULAN Palestin, Hamas yang sudah berperang tiga kali dengan Israel dan berdepan kekangan kewangan, meminta penyokongnya hari ini menghantar dana menggunakan Bitcoin.
Jurucakap kumpulan ketenteraan itu menghantar mesej kepada penyokongnya supaya menghantar bantuan kewangan dalam bentuk mata wang digital.
“Sokongan kewangan perjuangan dengan mata wang Bitcoin,” katanya, menambah mekanisme sebenar akan dimaklumkan kemudian.
Hamas mentadbir Tebing Gaza, tetapi dianggap kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan pelbagai negara lain.
Ia berdepan masalah kewangan sejak beberapa tahun ini apabila bank tidak mahu menjalankan urus niaga dengan mereka.
Kenyataan itu turut menuduh Israel berusaha memastikan akses kewangan Hamas disekat.
Pegawai Hamas berkata sayap ketenteraanya menerima jumlah dana yang banyak dari Iran, walaupun saluran ia diterima masih kabur.
Bitcoin berdepan kritikan kerana sering disalah guna untuk membeli dadah dan senjata api.
Masih tidak ada maklum balas mengenai permintaan Hamas daripada Bitcoin. – AFP, 30 Januari, 2019.
Komen