DUA terbunuh apabila sebutir bom tangan dilempar ke masjid di selatan Filipina pada awal Rabu, kata pihak berkuasa, hanya beberapa hari selepas pengeboman maut gereja Katolik.
“Sebutir bom tangan dilempar di dalam sebuah masjid yang membunuh dua orang dan mencederakan empat yang lain,” kata jurucakap tentera wilayah, Gerry Besana kepada AFP mengenai serangan di Bandaraya Zamboanga itu.
Mereka yang maut sedang tidur di dalam masjid ketika kejadian berlaku di kepulauan Mindanau, yang didiami golongan minoriti bergama Islam.
Ledakan itu berlaku apabila negara itu berada pada tahap berjaga-jaga susulan pengeboman gereja yang membunuh 21 orang pada Ahad di Jolo.
Kumpulan militan Islamic State mengaku bertanggungjawab bagi serangan bom di gereja itu. – AFP, 30 Januari, 2019.
Komen