Korban empangan runtuh di Brazil cecah 84 orang


Pasukan mencari dan menyelamat Brazil menemui korban empangan runtuh yang kini berjumlah 84 orang. – Gambar AFP, 30 Januari, 2019.

JUMLAH mereka yang terbunuh akibat empangan runtuh di sebuah kompleks perlombongan Brazil meningkat daripada 65 kepada 84 orang pada Selasa, dengan jumlah yang hilang daripada 292 kepada 276 orang, kata seorang pegawai.

Leftenan Flavio Godinho, jurucakap Pertahanan Awam di negeri Minas Gerais di mana kemalangan itu berlaku, berkata 42 mayat sudah dikenal pasti selepas lima hari melakukan operasi pencarian intensif mengharung lumpur. – AFP, 30 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen