Warga Palestin terbunuh selepas serangan Israel di sempadan Gaza


Tentera Israel bertindak ganas terhadap warga Palestin di sepanjang sempadan apabila bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka yang tidak bersenjata.– Gambar EPA, 29 Januari, 2019

SEORANG rakyat Palestin meninggal dunia pada Selasa selepas ditembak dengan gas pemedih mata oleh tentera Israel empat hari lalu dalam pertempuran di sempadan Gaza, kata kementerian kesihatan Palestin. 

Samir al-Nabaheen, 47, ditembak di bahagian muka pada Jumaat lalu ketika protes di timur al-Bureij di tengah Gaza, kata kementerian. 

Rakyat Palestin berhimpun di sepanjang sempadan Gaza setiap minggu sejak hampir setahun lalu bagi membantah penaklukan zionis. 

Mereka mahu pulang ke rumah mereka yang terpaksa ditinggalkan ketika peperangan dengan Israel sejak 1948, sekaligus menamatkan sekatan penempatan Yahudi di Gaza. 

Seorang lagi rakyat Palestin turut dibunuh oleh tentera Israel di timur Rafah di selatan Gaza pada Jumaat, menurut kementerian. 

Israel menuduh Hamas sebagai dalang bantahan dan menggunakan mereka sebagai perisai mereka untuk melancarkan serangan terhadap tenteranya di sepanjang sempadan. 

Sejak ia bermula pada Mac tahun lalu, sekurang-kurangnya 246 rakyat Palestin terbunuh akibat ditembak tentera Israel di Gaza kebanyakannya ketika bantahan di sepanjang sempadan dan juga tembakan kereta kebal serta serangan udara yang dilancarkan oleh zionis. – AFP, 29 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen