7 maut akibat selesema burung di Mongolia 


Jangkitan virus berkenaan ke atas manusia boleh berlaku apabila individu menyentuh haiwan atau permukaan tercemar dengan virus terbabit. – Gambar EPA, 29 Januari, 2019

VIRUS selesema burung H1N1 yang melanda Mongolia sejak awal tahun sehingga kini telah meragut tujuh nyawa, lapor agensi berita Xinhua memetik Menteri Kesihatan pada Selasa.

Pada sidang pleno parlimen, Davaajanstan Sarangerel menyangkal laporan media kononnya kematian itu membabitkan kanak-kanak sebaliknya mereka yang maut adalah golongan dewasa. 

“Pelbagai usaha telah dilakukan bagi membanteras penularan wabak penyakit. Setakat ini tiada kematian membabitkan kanak-kanak,” katanya.

Wabak selesema burung adalah penyakit pernafasan. Jangkitan ke atas manusia boleh berlaku apabila individu menyentuh haiwan atau permukaan tercemar dengan virus terbabit tanpa menggunakan peralatan perlindungan diri. – Bernama, 29 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen