Pendengaran cabar lantikan Sri Ram sebagai pendakwa raya ditangguh 


Bede Hong

Bekas hakim persekutuan Gopal Sri Ram dilantik sebagai timbalan pendakwa raya pada 31 Ogos tahun lalu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Januari, 2019

PENDENGARAN kes bagi permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk mencabar pelantikan Gopal Sri Ram sebagai pendakwa utama bagi kes jenayahnya ditangguhkan.

Divisyen rayuan dan kuasa khas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak menetapkan tarikh baru bagi permohonan untuk didengar.

Peguam Najib telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar pelantikan Sri Ram untuk pendakwaan kes penyelewengan dan pengubahan wang haram Najib yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Bhd.

Sri Ram, yang merupakan hakim persekutuan bersara, dilantik sebagai timbalan pendakwa raya pada 31 Ogos tahun lalu.

Bekas hakim itu bertindak sebagai timbalan pendakwa raya secara fiat terhadap Najib dalam 39 pertuduhan berkaitan dengan 1Malaysia Development Bhd, anak syarikatnya, SRC International, penyelesaian kerajaan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dan dakwaan pengubahan laporan audit 1MDB.

Sri Ram juga bertindak terhadap peguam utama Najib, Shafee Abdullah dalam kes pengubahan wang haram RM9.5 juta.

Najib pada tahun lepas turut memfailkan notis usul untuk membatalkan kelayakan Sri Ram di bahagian jenayah Mahkamah Tinggi. – 29 Januari, 2019

MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen