KETUA puak Yazidi, minoriti yang menjadi sasaran militan Daesh meninggal dunia di Jerman selepas lama sakit, kata pihak berkuasa pada hari Isnin.
Putera Tahseen Said Ali meninggal dunia di hospital KRH Siloah di Hanover pada usia 85 tahun, menurut ketua urusan Yazidi wilayah Kurdi Iraq, Khairi Buzani.
Dilahirkan pada tahun 1933 di daerah barat laut Sheikhan, Iraq, beliau dilantik sebagai ketua Yazidi pada usia 11 tahun selepas kematian bapanya, yang merupakan emir terdahulu.
Anaknya memberitahu media tempatan bahawa Putera Tahseen akan dikebumikan di wilayah Kurdi di utara Iraq.
Perdana Menteri rantau iitu, Nechirvan Barzani, menghantar ucapan takziah kepada keluarga Tahseen pada Isnin.
Kelompok bermazhab Yazidi muncul di Iran lebih dari 4,000 tahun yang lalu dan mempunyai akar Zoroastrianisme, dari masa ke semasa berintegrasi dengan unsur-unsur Islam dan Kristian.
Tanpa buku suci disusun mengikut kasta, Yazidi berdoa kepada Tuhan dengan menghadap matahari dan menyembah tujuh malaikatnya , di antaranya Malaikat Taus atau yang paling utama Malaikat Merak. – AFP, 28 Januari, 2019.
Komen