EMPAT militan yang bergabung dengan kumpulan pengganas Daesh maut dalam insiden letupan bom di wilayah timur Kunar pada Ahad, menurut kenyataan tentera pada Isnin.
Kejadian dipercayai berlaku apabila bom yang dibawa mereka tiba-tiba meletup ketika dalam perjalanan untuk menanam bahan letupan itu di Peachdara yang bertujuan menyasarkan konvoi pihak keselamatan, lapor agensi berita Xinhua. – Bernama, 28 Januari, 2019.
Komen