Bekas CEO Starbucks berhasrat jatuhkan Trump pada 2020


Howard Schultz nyatakan hasrat kalahkan Donald Trump dalam pilihan raya presiden 2020. – Gambar EPA, 28 Januari, 2019.

JUTAWAN dan bekas CEO Starbucks, Howard Schultz berkata dalam satu temu bual TV bahawa beliau mungkin bertanding sebagai calon bebas bagi jawatan presiden menentang penyandang Donald Trump pada tahun 2020 depan.

“Saya berfikir secara serius untuk bertanding sebagai presiden,” kata Schultz dalam program CBS “60 Minutes” pada Ahad.

Mendakwa dirinya sebagai “Demokrat sepanjang hayat”, beliau berkata dirinya “akan bertanding sebagai calon bebas di luar daripada sistem dua parti.”

Menurut Schultz, 65, “Kita sedang hidup pada zaman yang paling rapuh.”

Bukan sahaja Trump “tidak layak menjadi presiden,” bahkan Parti Republik dan Demokrat “secara konsisten tidak melakukan apa-apa yang diperlukan mewakili rakyat Amerika dan asyik terlibat dalam politik dendam setiap hari,”

Schultz dibesarkan dalam kejiranan kelas pekerja di bandar New York, dan berjaya mencapai kekayaan ketika beliau berpindah ke negeri barat laut Washington pada awal 1980-an dan membina jenama Starbucks sebagai sebuah raksasa kedai kopi global.

Schultz menyalahkan kedua-dua parti susulan hutang negara itu yang kini menyaksikan nilai sebanyak ASD21.5 trilion, hal itu digambarkan beliau sebagai satu “contoh melulu” bagi “kegagalan menjalankan tanggungjawab perlembagaan mereka. “

Schultz menolak wujud ketakutan jika tawarannya yang ingin bertanding akan menyebabkan undi pembangkang teroecah dan akhirnya mengakibatkan Trump mnikmati penggal kedua pentadbiran.

“Saya mahu melihat rakyat Amerika menang, saya mahu melihat Amerika menang,” kata Schultz kepada CBS. – AFP, 28 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen