Cucu saya paling teruk tanggung derita, kata bapa Altantuya


Alfian Z.M. Tahir

Setev Shaarribbu, bapa kepada mangsa pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu kini dalam proses mendapatkan gantirugi daripada kerajaan Malaysia. – Gambar The Malaysian Insight, 28 Januari, 2019.

ANAK lelaki Altantuya Shaariibuu paling teruk menanggung derita susulan kematian model warga Mongolia itu, beritahu bapa mangsa pembunuhan kejam itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Shaariibuu Setev memberitahu di kamar mahkamah bahawa seluruh keluarga beliau sangat bersedih dan mereka masing-masing menanggung derita  ketika Altantuya dibunuh pada tahun 2006. Wanita warga Mongolia itu juga turut bekerja sebagai penterjemah.

“Kami semua mati bersamanya, kami semua putus asa ketika kematiannya,” kata bapa wanita itu melalui penterjemahnya.

Altantuya memiliki dua anak lelaki, dan anak bongsunya didiagnosis menghidapi penyakit cerebral palsy dan mati di usia 15 tahun pada 2017. Sementara anak sulungnya, Mungunshagai Bayarjargal kini berusia 21 tahu.

Shaariibuu, seorang profesor bersara turut memberitahu mahkamah sejak kematian Altantuya, beliau bertanggungjawab membesarkan kedua-dua cucunya itu.

Dalam keterangannya pada Jumaat, Shaariibuu berkata anak perempuannya itu datang ke Malaysia untuk bertemu dengan seorang lelaki bernama “Razak” yang dikatakan merupakan “orang berpengaruh”.

Lelaki berusia 69 tahun itu turut berkata beliau menemui tiket penerbangan untuk anak perempuannya di dalam beg tangan milik Altantuya di samping mendapati sebuah resit pembelian barang kemas berjumlah RM11,300.

Beliau turut mengatakan wujud sepucuk surat yang ditanda tangan oleh Altantuya yang menyatakan diribta telah menerima ASD18,000 (RM74,000) daripada seorang lelaki bernama Abdul Razak Baginda pada 2 Mac, 2006.

Shaariibuu memberikan keterangan dalam pendengaran saman RM100 juta terhadap kerajaan Malaysia berhubung pembunuhan Altantuya.

Saman itu menuntut nilai kerosakan dan dalam dakwaan berkaitan yang telah difailkan pada 2007.

Dalam keterangan pendakwaan, Shaariibbuu berkata kematian Altantuya menyebabkan beliau mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, yang membolehkan beliau menuntut gantirugi teladan dan kerosakan.

Razak dijatuhkan pertuduhan mengarahkan dua orang polis komando Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dalam pembunuhan Altantuya, 28, pada 2006, namun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Oktober 2008 tanpa pembelaan, sementara Azilah dan Sirul Azhar dibuktikan bersalah membunuh pada 2009.

Pada 23 Ogos, 2013, mahkamah rayuan membenarkan Azilah dan Sirul membuat rayuan dan kemudian membebaskan mereka berdua.

Bagaimanapun, pada 13 Januari, 2015, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan pendakwaan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan. Sirul dan Azilah kemudiannya dibuktikan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.

Sirul kemudian melarikan diri ke Australia sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan dan kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, sementara Azilah kini menunggu hukuman mati di Penjara Kajang. – 28 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen