PERDANA Menteri Jepun Shinzo Abe berikrar pada hari Isnin untuk “mulakan hubungan saling percaya” dengan bertemu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un secara bersemuka di samping memulihkan hubungan diplomatik antara dua musuh bersejarah itu.
Dalam ucapan dasar utama menandakan pembukaan penggal parlimen, Shinzo Abe turut berikrar untuk meningkatkan hubungan Sino-Jepun “ke peringkat baru” dan menjanjikan rekod belanjawaan untuk memperbaiki infrastruktur dalam ekonomi ketiga terbesar dunia itu.
“Saya akan bertindak tegas, dan tidak akan pernah gagal merebut segala untuk sebuah hubungan saling percaya, dan saya sendiri akan bertemu dengan Pengerusi Kim Jong Un di samping menyelesaikan isu nuklear dan peluru berpandu Korea Utara, dan juga isu penculikan,” kata Abe .
Abe tidak memberikan potensi tempoh masa untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara tersebut, namun komen itu dibuat ketika Kim mengarahkan sidang kemuncak kedua dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, yang mengambil tempat pada akhir bulan depan.
“Saya akan sasarkan normalisasi diplomatik dengan menyelesaikan kejadian-kejadian malang masa lampau,” kata Abe, menggunakan eufemisme diplomatik Jepun yang merujuk kepada kesengsaraan yang disebabkan oleh Jepun semasa penjajahan ganas di semenanjung Korea sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua.
Mesej perdamaian itu kelihatan berbeza daripada mesej setahun yang lalu, ketika Abe menggunakan ucapan parlimen yang sama bagi menyatakan pendirian kerasnya yang berikrar untuk “memaksa Korea Utara mengubah dasar-dasarnya,” di sampingh turut menggambarkan program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang sebagai “ancaman mendesak yang tidak pernah terjadi sebelum ini.”
Abe dilaporkan telah lama berkempen untuk menyelesaikan sensitiviti perasaan berhubung penculikan warga Jepun yang dilakukan ejen-ejen Korea Utara semasa era Perang Dingin bagi melatih untuk menjadi mata-mata Pyongyang. – AFP, 28 Januari, 2019.
Komen