Tribunal tangguh keputusan isu bekas pesuruhjaya SPR


Bede Hong

Peguam K. Kumaraendran (tengah) tiba bersama bekas anggota SPRM di kompleks mahkamah Selangor di Klang hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Januari, 2019.

SATU tribunal untuk menyiasat tuduhan salah laku bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memberikan keputusan sama ada akan ia akan diteruskan atau tidak kerana dapatannya mungkin dianggap akademik, susulan peletakan jawatan enam anggota terbabit.

Hakim bersara Mahkamah Persekutuan Steve Shim yang mempengerusikan tribunal enam anggota itu berkata ia susulan peletakan jawatan enam anggota SPR berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

Shim berkata tribunal itu ada dua tugas, iaitu untuk menentukan sama ada berlaku salah laku di bahagian bekas anggota SPR, dan keduanya ialah bagi menentukan sama ada mereka patut dipecat sebagai pesuruhjaya.

Shim tidak memberitahu bila keputusan itu akan dibuat.

Enam bekas anggota SPR – Othman Mahmood, Md Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Bala Singam Karupiah dan Leo Chong Cheong – hadir di Mahkamah Sesyen Klang hari ini dan tidak bercakap kepada media.

Anggota tribunal itu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Artikel 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan bagi menyiasat tuduhan salah laku oleh enam bekas anggota SPR itu ketika membuat persediaan dan mengendalikan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lalu. – 28 Januari, 2019.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen