PEJABAT Perdana Menteri Habsyah berkata jutawan kelahiran Arab Saudi, Mohammed al-Amoudi dibebaskan dari sebuah penjara di negara pentadbiran diraja itu di mana beliau ditahan pada 2017 akibat sebahagian kempen anti rasuah besar-besaran.
Amoudi dibebaskan dari penjara di Arab Saudi, kata pejabat Perdana Menteri Abiy Ahmed menerusi akaun rasmi Twitter.
“Kami berharap kepulangan yang selamat untuk Mohammed al-Amoudi ke Habsyah,” katanya.
Sumber Arab Saudi tidak mengesahkan pembebasan jutawan perniagaan itu.
Menurut majalah Forbes, Amoudi,72, rakyat Arab Saudi berketurunan Arab di sebelah bapanya dan ibunya berasal dari Habsyah. Beliau memiliki syarikat yang menguruskan pertanian, tenaga dan pembinaan di beberapa negara.
Amoudi, yang mana kekayaannya dianggarkan Forbes pada 2017 berjumlah AS$8.3 bilion (RM34.23 bilion) ditahan pada November 2017 dalam satu kempen pembersihan Arab Saudi yang termasuk putera raja, menteri dan ahli perniagaan atas dakwaan rasuah. – AFP, 28 Januari, 2019.
Komen