Letupan gas di Belanda, 9 cedera, rumah runtuh


Kejadian disyaki letupan gas di Belanda menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan cedera petang semalam. – Gambar EPA, 28 Januari, 2019.

KEJADIAN disyaki letupan gas di Belanda menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan cedera, dengan seorang terperangkap di bawah rumah yang sebahagiannya runtuh, kata perkhidmatan kecemasan semalam.

Letupan itu meruntuhkan bahagian depan bangunan kediaman di kawasan pinggir bandar yang padat penduduk di Laakkwartier. Jiran berkata, mereka mendengar bunyi letupan kuat sekitar 4.30 petang waktu tempatan.

Berpuluh-puluh jentera bomba bergegas ke tempat kejadian dan sebuah helikopter kecemasan berlegar-legar ketika anggota mencari mangsa.

“Sembilan cedera termasuk tiga diselamatkan dalam runtuhan. Mangsa keempat ditemui dan akan diselamatkan secepat mungkin.

“Disebabkan struktur tidak stabil, ia perlu dilakukan dengan berhati-hati. Tiada tanda mangsa lain terperangkap,” kata jabatan bomba menerusi Twitter.

Penduduk, Wiekash Ramgolam, 39, berkata mangsa yang terperangkap ialah anak saudaranya berusia lewat 20-an. – AFP, 28 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen