Australia iktiraf, sokong Guaido sebagai pemimpin Venezuela 


Juan Guaido meletakkan dirinya sebagai pemangku presiden Venezuela sehingga pilihan raya diadakan di negara itu. – Gambar EPA, 28 Januari, 2019

AUSTRALIA “mengiktiraf dan menyokong” pemimpin Perhimpunan Nasional, Venezuela Juan Guaido sebagai presiden sementara sehingga pilihan raya diadakan di negara itu, kata Menteri Luar Australia Marise Payne pada Isnin, susulan tindakan sama daripada Amerika Syarikat dan Kanada. 

“Payne turut menggesa “peralihan kepada demokrasi di Venezuela diadakan segera” dalam satu kenyataan. 

Guaido meletakkan dirinya sebagai pemangku presiden di negara Amerika Selatan itu pada Rabu ketika perhimpunan besar-besaran membantah pemimpin Nicolas Maduro. – AFP, 28 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen