DUA wanita meninggal dunia dan sembilan lagi termasuk dua kanak-kanak sedang menjalani rawatan selepas memakan makanan tercemar di sebuah kuil Hindu di selatan India, kata polis.
Ia adalah kes kedua dalam tempoh dua bulan di bahagian selatan negara itu, Karnataka, setelah sekurang-kurangnya 11 orang mati dan 29 yang lain mengalami kesakitan setelah memakan nasi beracun di kuil lain pada bulan Disember lalu.
Kejadian berkenaan berlaku pada Sabtu selepas penganut di bandar Chintamani, Chikkaballapura - sekitar 60 kilometer dari ibukota Bangalore - mengalami kesakitan setelah memakan makanan yang dijamu oleh dua wanita.
“Dua wanita Kavita, 28 dan Saraswathamma, 56 mati selepas memakan manisan tempatan yang ditawarkan di kuil itu. Sembilan yang lain termasuk dua kanak-kanak dan tiga penganut wanita sedang dirawat di sebuah hospital berdekatan,” kata BS Srinivas, timbalan ketua polis di bandar Chintamani kepada AFP.
“Kami telah mengambil sampel manis yang dimakan para penganut untuk siasatan forensik,” katanya, sambil berkata bahawa mereka sedang mencari individu yang menyediakan manisan tersebut dan mengedarkannya kepada para penganut.
Laporan Akhbar Trust of India melaporkan bahawa para pelawat kuil itu ditawarkan manisan oleh dua wanita yang datang ke kuil tersebut. – AFP, 27 Januari, 2019.
Komen