PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau semalam berkata beliau meminta dan menerima peletakan jawatan duta negara it uke China, beberapa hari selepas duta tersebut mencetuskan kontroversi kerana mengkritik permohonan ekstradisi AS terhadap seorang eksekutif kanan Huawei.
“Malam tadi saya meminta dan menerima peletakan jawatan John McCallum sebagai duta Kanada ke China,” kata Trudeau dalam satu kenyataan tetapi tidak menjelaskan sebab tindakan itu diambil.
McCallum jadi tumpuan media beberapa hari ini susulan ulasannya terhadap Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan gergasi teknologi China yang ditahan di Vancouver pada 1 Disember dan berdepan permohonan ekstradisi AS.
Dituduh ada hubungan dengan penipuan pelanggaran sekatan Amerika ke atas Iran, Meng kini bebas ikat jamin, tetapi penahanannya mencetuskan ketegangan antara Ottawa dan Beijing.
McCallum yang memberi taklimat kepada wakil rakyat negara itu pada Selasa bertujuan merayu untuk dua warga Kanada yang ditahan di China dan warga ketiga yang berdepan hukuman mati dalam kejadian yang dilihat sebagai tindak balas Beijing.
Selepas taklimat tersebut, beliau memberitahu media berbahasa Cina di Markham, Ontario yang beliau percaya permohonan ekstradisi AS banyak kelemahan.
Beliau memetik komen politik kes tersebut dikeluarkan Presiden AS Donald Trump yang “aspek luar biasa” kes Meng dan Kanada tidak terlibat dalam sekatan di Iran adalah sebab mengapa Washington mahu Meng diekstradisi.
Kenyataan McCallum itu serta merta dikecam pembangkang dan pelbagai pihak lain kerana dianggap mencampuri urusan kehakiman yang bukan bidang tugasnya.
Keesokan harinya, beliau mengeluarkan kenyataan, menyesal dengan kenyataan tersebut yang mengelirukan.
Tetapi pada Jumaat, McCallum memberitahu The Vancouver Star yang “hebat untuk Kanada” jika AS mengugurkan permohonan ekstradisi itu, sekali lagi mencetuskan kecaman banyak pihak.
McCallum sebelum ini memegang beberapa jawatan menteri termasuklah portfolio pertahanan, hal ehwal veteran dan imigresen.
Kenyataan perdana menteri menyebut yang berkuatkuasa serta merta, timbalan McCallum, Jim Nickel akan memangku tugas diplomatik Kanada di China. – AFP, 27 Januari, 2019.
Komen