Pemimpin Hizbullah beri amaran kepada Israel 


Pemimpin Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah memberi amaran kepada Israel untuk menyelesaikan tindakan agresif zionis itu dengan "cara lain".– Gambar EPA, 27 Januari, 2019

PEMIMPIN gerakan Hizbullah Lubnan pada Sabtu memberi amaran kepada Israel berhubung serangan berteruskan di Syria yang mensasarkan kedudukan Iran, dan mengatakan ia mampu mencetuskan peperangan di wilayah itu. 

Merujuk kepada Perdana Menteri Israel Benajmin Netanyahu secara langsung, Syed Hassan Nasrallah dalam satu temubual dengan stesen televisyan al-Mayadeen berkata: “Jangan buat penghakiman salah dan jangan bawa wilayah ini ke arah peperangan atau pertempuran besar.”

“Bila-bila masa sahaja kepimpinan Syria dan pemberontak boleh membuat keputusan untuk menyelesaikan tindakan agresif Israel dengan cara lain,” katanya merujuk kepada sekutu antara kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad, Iran dan sekutu Lubnan, Hizbullah. 

Israel sebelum ini berkata, serangan pertama mensasarkan kemudahan utama milik Tentera Revolusi Iran Quds. 

Katanya, mereka membalas serangan peluru berpandu pasukan Quds yang dilancarkan dari Syria ke kawasan yang dirampas Israel di Bukit Golan pada Ahad yang dipintas sistem pertahanan udara Israel. 

Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, 21 orang terbunuh dalam serangan itu yang kebanyakannya adalah warga Iran. 

Sejak 2013 tentera Israel bertangungjawab terhadap ratusan serangan yang dikatakan disasarkan kepada tentera Iran dan penghantaran senjata kepada Hizbullah, bagi menghalang musuh utamanya daripada memasuki Syria. 

Israe turut memberi amaran akan meneruskan serangan terhadap kedudukan Iran dan sekutunya Hizbullah di Syria. – AFP, 27 Januari, 2019


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen