AMERIKA Syarikat dan Taliban pada Sabtu mengatakan mereka telah membuat kemajuan besar dalam rundingan untuk menamatkan perang 17 tahun AS di Afghanistan.
Zalmay Khalilzad, yang dinamakan oleh pentadbiran Presiden Donald Trump untuk mencari jalan bagi menamatan perang, mengadakan rundingan luar biasa selama enam hari dengan wakil Taliban di Qatar.
“Pertemuan di sini lebih produktif berbanding sebelum ini. Kita melihat perkembangan signifikan dalam isu penting,” kata Khalilzad menerusi Twitter.
Khalilzad—yang mengetuai rundingan ke Qatar di Afghanistan dan merupakan negara jiran berkata, beliau akan kembali ke Kabul untuk membincangkan rundingan itu.
“Kita akan membina mementum dan meneruskan rundingan tidak lama lagi. Kita ada banyak isu untuk diselesaikan,” katanya.
“Tiada apa yang dipersetujui sehinggalah semuanya dipersetujui, dan ‘semua’ perlu termasuk dialog antara Afghanistan dan gencatan senjata komprehensif.”
Beliau tidak memberikan butiran lanjut, namun cadangan yang timbul termasuk tindakan AS menarik balik tenteranya bagi jaminan Taliban untuk tidak melindungi ekstremis asing - yang merupakan sebab utama campur tangan AS.
Trump menyatakan kesungguhannya untuk menamatkan perang paling lama Amerika, yang dilancarkan sejurus selepas serangan 11 September, 2001.
Trump berkata, beliau akan menarik separuh daripada 14,000 tenteranya dari Afghanistan. – AFP, 27 Januari, 2019
Komen