Rakyat Perancis maut dalam runtuhan salji di Jepun


Pemandangan di sebuah gunung di Jepun. Marc-Olivier Gariou-Pouillas, 49, maut ditimpa runtuhan salji ketika sedang bermain ski di Gunung Ogenashi yang terletak di Myoko City, kira-kira 200km di utara Tokyo petang semalam. – Gambar fail AFP, 26 Januari, 2019.

SEORANG rakyat Perancis maut dalam runtuhan salji semasa sedang bermain ski di sebuah gunung di Jepun, kata polis hari ini.

Menurut polis, Marc-Olivier Gariou-Pouillas, 49, sedang bermain ski di Gunung Ogenashi yang terletak di Myoko City, kira-kira 200km di utara Tokyo petang semalam ketika runtuhan salji berlaku.

“Dua rakan nampak dia ditimbus runtuhan dan meminta pertolongan,” kata jurucakap polis Myoko, Takahiro Chiba.

“Peronda resort dan pemain ski yang lain berjaya menggali timbunan salji dan menariknya keluar. Dia dibawa ke hospital menaiki helikopter polis tetapi disahkan meninggal dunia.” – AFP, 26 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen