SEORANG penduduk Palestin ditembak mati tentera Israel dalam pertempuran di sempadan Gaza semalam.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata mangsa Ehab Abed, 25, dibunuh tentera Israel di timur Rafat, dekat selatan Gaza ketika menyertai tunjuk perasaan terhadap tentera penjajah.
Menurut wartawan AFP yang berada di hospital, mangsa maut akibat terkena tembakan di bahagian dada.
Beribu-ribu penduduk Gaza berkumpul di sepanjang kawasan sempadan Gaza-Israel bagi membantah pencerobohan dan sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis.
Tentera Israel kebiasaannya menggunakan gas pemedih mata dan peluru hidup untuk meleraikan tunjuk perasaan yang diadakan oleh penduduk Palestin.
Demonstrasi yang berlangsung semalam merupakan yang pertama diadakan sejak perjanjian damai tidak rasmi dicapai oleh Israel dan Hamas yang memerintah Gaza.
Perjanjian itu menyaksikan Qatar menyediakan banguan AS$15 juta sebulan kepada Gaza menerusi wilayah jajahan Israel.
Pada Khamis, Hamas berkata pihaknya tidak lagi menerima wang tersebut dan mendakwa Israel tidak menghormati perjanjian itu.
On Thursday Hamas said it would no longer accept the money, saying Israel was not respecting the agreement. – AFP, 26 Januari, 2019.
Komen