Jerman ekstradisi pembunuh rasis ke Sweden


Gambar fail 15 Dercember 2016 menunjukkan John Ausonius semasa perbicaraan di sebuah mahkamah daerah di Stockholm, Sweden pada 2 Februari 1995. Ausonius menjalani hukuman penjara seumur hidup di Sweden kerana terlibat beberapa siri kejadian tembakan pendatang pada tahun 1990-an. – Gambar EPA, 26 Januari, 2019.

JERMAN berkata pada Jumaat ia sudah mengekstradisi pembunuh yang dikenali sebagai “lelaki laser” kerana menggunakan senapang dengan skop tepat untuk menembak pendatang, John Ausonius ke Sweden.

“Dia diekstradisi pada Khamis,” kata pendakwa raya Frankfurt, Nadja Niesen kepada AFP.

Ausonius, warga Sweden berusia 65 tahun, didapati bersalah berhubung pembunuhan di kedua-dua negara, baru-baru ini menerima hukuman penjara seumur hidup di Jerman pada Februari tahun lalu selepas rayuan pada November.

Sebelum ini, dia sudah menjalani hukuman penjara seumur hidup di Sweden selepas didapati bersalah terlibat beberapa siri kejadian tembakan pada1991-92.

Dengan menggunakan senapang laser, dia menembak mati lelaki Iran berusia 34 tahun dan mencederakan 10 orang lain dari beberapa negara termasuk Brazil, Greece, Syria dan Zimbabwe.

Sebagai bukti kemasyuran Ausonius, pembunuh Norway, Anders Behring Breivik pada perbicaraannya menyebut “lelaki laser” sebagai tokoh yang berkongsi matlamat yang sama.

Pesalah, yang diekstradisi ke Jerman pada akhir 2016, didapati bersalah pada Februari 2018 berhubung pembunuhan Blanka Zmigrod di Frankfurt pada 1992.

Ausonius, yang kini menerima hukuman penjara seumur hidup di dua negara, dianggap hampir pasti menghabiskan sisa hayatnya tanpa parol. – AFP, 26 Januari, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen